kebahagian ketika mengandung anak pertama & keguguran dua kali

by - March 27, 2019

HI alls 
kali ni aku nak share pregnancy moment aku ,sejujunya aku sudah dua kali keguguran yes dua kali keguguran yang petama gugur bila kandungan aku sudah masuk dua bulan (awal lagi)
yang kedua kandungan aku masuk tiga bulan.aku pun tidak tau kenapa kandungan aku gugur padahal aku bukannya berkerja dan angkat benda berat pun (selalunya keguguran di sebabkan kita terlalu penat ,angkt benda berat etc)

ketika aku tau aku mengandung anak pertama gembira tidak terhingga ,tiap malam usap excited sangat suami pun happy.tapi apakan daya kegembiraan tidak lama ,ya mula memang sedih nangis kena lagi suami aku xda dia dkat selangor aku dkat sabah .berhuhu sendirian lah. aku pun saja xsuruh laki aku balik sebab kononnya aku boleh handle emosi aku sendiri tapi down juga. aku fikir xboleh  sedih lama-lama kena positif ja. sebab benda ni aku anggap sebagai dugaan dari allah dan aku ambil sebagai pengalaman.

punca keguguran: sebab-sebab agak sukar untuk meunding jari kepada sebab utama,namun kebanyakkan doctor dan pakar sakit puan bersetuju punca keguguran utama,terutamanya di awal trmester adalah sebab punca dari abnormaliti kromosom pada embrio (tu yang aku baca ) masalah ketidakseimbangan hormon pada mak emak ,macam terlalu stress pun tak boleh juga .tapi nasihat aku ibu-ibu kenalah makan makanan yang sihat jangan stress oh ya acid folic pun penting,bukan ibu mengandung ja boleh mkan acid folic ni ,orang yang belum berumah tangga pun boleh minum untuk kebaikan di lain hari .apa pun kita kena usaha dan berdoa tu kunci segala masalah .

kepentingan Folic acid  nah aku bagi gambar dari carian aku kat  
.pinterest.com senang baca ada gambar rajah  hehe sebab malas taip .



  





pinterest.com



Apakah tanda keguguran?

terdapat beberaapa tanda keguguran yang akan kelihatan apabila iyanya terjadi,antara simptom keguguran yang biasa adalah.


  • pendarahan dari faraj 
  • keluar mukus merah putih (keputihan)
  • keluar darah merah beku semasa kehamilan 
  • sakit seperti kekejangan perut yang melampau semasa kehamilan
sumber :https://my.theasianparent.com/keguguran-di-awal-kehamilan-penyebab-dan-tanda-tanda-yang-anda-patut-tahu

pokoknya waktu keguguran tu sakit wei, tak pa nanti adalah rezeki allah bagi.mcam aku alhamdulillah dapat la seorang dan sekarang tengah tunggu rezeki anak kedua insaAllah,jangan bersedih banyakkan berdoa,dan kita kena move on anak kita di syurga jangan terlalu lama bersedih fokus apa yang ada sekarang .






You May Also Like

2 comments

  1. Pernah melalui keguguran juga.. Memang sakit sangat-sangat tapi lepas je ketulan tu keluar terus hilang rasa sakit..
    Sha pun amalkan folic acid ini setiap kali ingin mengandung.. membantu menguatkan rahim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit yg teramat kan..folic acid memang di sarankan untuk kita walaupun x mengandung

      Delete