b:includable>"

Tuesday, September 29, 2015

HAVE A PRETTY FACE DOESN'T MEAN HAVE A PRETTY HEART

ASSALAMUALAIKUM ya ya ya saya mengaku blog saya ni berhabuk dan berhapak ehemm, xda masa bha sibuk betul lagi satu malas tiba-tiba selalu datang hihihih.ok hari ni saya mau bercerita lah pasal tajuk tu di atas ,faham tak apa maksud nya tu ? sebenarnya saya pun ambil masa yang lama untuk faham (kuang kuang kuang)  yang saya faham tidak semestinya orang yg kita nampak sempurna tu sebenarnya cantik daripada kita ( rendah diri) .ya la kita ni ada masanya perasaan rendah diri tu datang tiba-tiba. (amazing kan ) kalau perasaan tinggi diri tu jarang-jarang datang (hahah) konon lah.eh kenapa ni aku tiba-tiba tulis pasal rendah diri dan tinggi diri mcm tidak NGAM seja dengan tajuk hahaha whatever lah yang penting happy.
kadang kala perasaan rendah diri ni pun bikin semak kepala otak dan pokoknya dengan daun-daunnya STRESS lah katakan. salah tu kawan-kawan kita ni boleh je rendah diri tapi jangan keterlaluan.cukuplah perasaan rendah diri tu suam suam panas hahah (nampaknya ada peribahasa sendiri ).

ada banyak sebab kenapa perasaan rendah diri ni membuak-buak kan gais , contohnya perasaan rendah diri yang dia nie tak dak kekasih hati, percintaan nie banyak yang terjunam haha sebab apa ? sebab tak cantiklah tak tinggi lah tak putih la tak gebu lah euhhh gais wake up lah ,kalau perasaan rendah diri ni menghantui kita sampai bila-bila pun kita tak dapat apa yang kita impikan , misalnya nak nikah anak tengku hahahahahahah (pun boleh ) so gais bangun lah perbaiki diri kita jangan kita kalah dengan diri sendiri (bisikan saitan ,hmmm saiton betul lah ) then kadang kadang rendah diri pun boleh datang klau SPM kita tak cermelang gemilang dan terbilang , adalah suara-suara makluk halus yg bisik 'eh ko tu xkan berjaya punya result pun tak lepas ,hey sekarang tukang cuci tandas pun nak spm tau ' ehmmm helooooooo spm tu x tentukan rezeki kita di mana, banyak apa orng yg berjaya even org buta huruf pun boleh bukak business besar2 lagi manyak wang hmmm . dan yang tak boleh belahhhh ni ada jugak lah keluaga yang tak bagi sokngan malah menjatuhkan lagi semangat yang tengah berkobar-kobar , exkius me tolonglah sokong apa yang anak ,adik ,kakak,abang , cucu cicit nak buat ,asal kan benda tu baik dan berguna di masa depan (kelak ).

ehemm tetiba aku ni tak tentu hala membebel yang pastinya keluar dari tajuk atas hahahaha  ,yakin nyeee membahas. ni la atas sokongan perasaan diri sendiri.

punca-punca rendah diri 


Allah menciptakan kita semua sama hebat tapi tak serupa,jangan terlalu pesimis dalam menjalani hidup. 
.Sebagaiman firman ALLAH s.w.t: لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)

 Terdapat beberapa punca yang dikenal pasti menjadi penyebab kurang keyakinan diri dan rasa malu yang tak bertempat yang dihadapi oleh masyarakatAntaranya ialah :-

 1) Tidak kenal diri sendiri 
2)Fokus kepada kehebatan orang lain 
3) Gagal mempamerkan kehebatan diri 
4) Latar belakang keluarga 
5) Kegagalan yang lalu
 6) Ingkar perintah ALLAH 
7) Melabel diri dengan perkara negatif 

(ni saya copy dari http://mujahedahsolehah.blogspot.my/


dan ada juga petua org yg rendah diri ni (ini pun copy )

Terdapat beberapa petua yang di sarankan oleh Dr.Fadzilah Kamsah ,Pakar motivasi yang terkenal . Antaranya ialah :-
 1) Kenali diri dan masalah yang dihadapi dengan mendalam
 2) Sentiasa berdoa untuk mengembalikan keyakinan diri
 3) Bergaul dengan mereka yang mempunyai sikap positif 
4) Mencungkil bakat yang terpendam 
5) Membentuk penampilan baru 
6) Memperbaiki penampilan diri 
7) Kawal pemikiran dan tukar label mental 
8) Menjaga kesihatan tubuh badan 
9) Mencari mentor,penasihat atau pakar motivasi 
10) Bersyukur ke atas segala nikmat karunia ALLAH 




sekian habis terima kasih